Lambang Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara (
Tulisan Jawi:جات نڬارا) mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara. Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu. Elemen dan sentimen seperti
Bunga Raya yang diterapkan dalam jata negara Malaysia menunjukkan bunga ini adalah bunga kebangsaan yang digunakan dalam upacara rasmi dan simbol sesebuah negara.Maksud bintang pecah empat belas menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam
Persekutuan Malaysia iaitu
Johor Darul Takzim,
Kedah Darul Aman,
Kelantan Darul Naim,
Melaka Bandaraya Bersejarah,
Negeri Sembilan Darul Khusus,
Pahang Darul Makmur,
Perak Darul Ridzuan,
Perlis Indera Kayangan,
Pulau Pinang Pulau Mutiara,
Sabah Negeri Di Bawah Bayu,
Sarawak Bumi Kenyalang,
Selangor Darul Ehsan serta
Terengganu Darul Iman dan termasuk sekali dengan kawasan Kerajaan Persekutuan seperti
Kuala Lumpur,
Labuan, dan
Putrajaya. Manakala bintang bersama-sama anak bulan itu bermaksud agama
Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Lima bilah keris yang berada di tengah-tengah jata itu menandakan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdahulu (
Johor,
Kedah,
Perlis,
Kelantan dan
Terengganu). Bahagian sebelah kiri jata itu adalah (pokok Pinang) yang menandakan Negeri
Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan itu adalah pokok Melaka yang menandakan Negeri
Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian daripada
Negeri-negeri Selat terdahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah yang terkandungnya warna merah, hitam, putih kuning warna-warna hitam dan putih. Hitam dan putih adalah warna bagi negeri
Pahang; merah dan kuning adalah warna bagi negeri
Selangor; hitam, putih dan kuning adalah warna bagi negeri
Perak; merah, hitam dan kuning adalah warna bagi
Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.Tiga bahagian di sebelah bawah kiri itu ialah negeri
Sabah manakala di sebelah kanan bawah itu pula ialah negeri
Sarawak. Di tengah-tengahnya pula ialah Bunga Raya yang juga dikenali sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia. Dua ekor
Harimau yang berada di sebelah kiri dan kanan jata itu pula adalah merupakan haiwan rasmi Malaysia iaiatu
Harimau Malaya dan merupakan haiwan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdahulu dan digunakan dalam Lambang Malaysia. Harimau itu juga merupakan simbol keberanian. Slogan "Bersekutu Bertambah Mutu" pada sebelah kiri itu ditulis dalam
tulisan Rumi manakala disebelah kanan pula ditulis menggunakan
tulisan Jawi.
Warna kuning pada awan-awan itu melambangkan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja di Malaysia.